"WHEN ONE DOOR CLOSES, ANOTHER OPENS, BUT WE OFTEN LOOK SO LONG AND SO REGRETFULLY UPON THE CLOSED DOOR THAT WE DO NOT SEE THE ONE THAT HAS OPENED FOR US."

Followers

Hi everyone, welcome to my poetry site...

Monday, March 7, 2011

Luahan Kalbu Seorang Penyair

Entah mengapa ia harus terjadi. Takdir yang menentukannya, mungkin ada sesuatu yang tersirat disebalik tabir. Tapi apakah hikmahnya yang sebenar-benarnya? Sudah lama aku menantikan jawapan, terkapai-kapai perlahan aku keseorangan. Kadang-kala aku sendiri tidak pasti akan situasi yang dialami diriku, berpuluh cabang tersemai di benak fikiran ini. Yang mana harus dipilih, cabang yang mana satukah yang paling tepat untuk menyelesaikan persengketaan ini. Aku tidak tahu dan masih tercengang akan keadaan yang melanda diriku ini.


Biarpun begitu, aku tetap sayang akan si dia. Dialah segalanya bagiku, tanpanya aku tidak akan sesekali nampak sebegini. Dia telahpun banyak mengubah diriku dan membuka cabang minda serta masa depanku. Ada satu masa, dia mengukir satu senyuman yang amat manis dibibirnya. Anggun berseri tampak diwajah membuatkan segala hal lenyap dimamah ukirannya. Jolokan mata yang seksi membuatkan aku terpesona dan tertarik padanya serta membuatkan aku amat teringin untuk menyelami jiwa dan hidupnya. Malahan kenangan dan kisah silam yang sudahpun karam ditenggelami arus masa, sudahpun aku selaminya. Kami bagaikan sudah berpuluh tahun mengenali antara satu sama lain sedangkan kami baru sahaja beberapa bulan bersama. Ini berkemungkinan kerana kami selalu meluangkan masa bersama. Ya, kami memang selalu keluar bersama untuk meluangkan masa apabila mempunyai masa lapang. Di saat itu jugalah, aku merasakan akulah insan yang paling bertuah di muka bumi ini. Aku bersyukur pada nan Esa kerana mengurniakan aku teman yang bisa melupuskan segala permasalahanku.


Tapi kadang-kala aku sendiri kehairanan akan sikap dan tatatertibnya yang kadangnya sukar dikawal. Adakalanya, dia sukar ditegur dan juga sebaliknya. Sikap dan fikirannya yang seakan kebudak-budakan membuatkan dirinya sukar untuk dikawal. Sikapnya yang acuh tak acuh juga membuatkan keadaan menjadi tidak sekata dan berlakunya persengketaan. Apakah dia sedar akan hal ini? Aku sendiri tidak tahu. Sudah berbuih mulut ini mengucapkan mawar kata tapi ia tidak juga membuahkan hasil. Bagaikan mengemudik kapal, yang ingin melayarkan kapal ke tali penamat. Tapi tiba di tengah pelayaran, terpaksa pula mengharungi ombak-ombak besar yang bergelora. Pernah juga aku berputus asa akan si dia, namun dengan adanya semangat yang berkobar dan jiwa yang jitu untuk meneruskan perhubungan dengannya. Dugaan dan cobaan yang datang tiba, akanku akur akan takdir Ilahi. Aku teruskan juga menasihatinya biarpun aku tahu, dia tidak suka dimotivasikan. Selalu juga dia menukarkan topik apabila aku mencuba menasihati tapi tanpa rasa terhalang, aku memusnahkan jalannya yang ingin melarikan diri daripada dimotivasikan. Bukanlah kata aku ingin mengongkong hidupnya, tapi aku hanya ingin si dia menjadi seorang insan yang baik dan berfikiran matang seperti orang dewasa.


Adakalanya, dia memberitahuku bahawa aku perlu bersabar akan karenahnya. Ya, sudah tentu aku boleh bersabar akan sikap dan karenahnya tapi persoalannya, sampai bila harusku sabar? Semakin banyak aku bersabar, semakin naik aku tengoknya. Pemanas air pun, apabila suhu kepanasan telah mencapai tahap maksima, akan terlepas jua kepanasannya. Bersabar pun ada juga tahapnya. Jadi sampai bila harusku tahan? Mungkin bodoh bagi seorang lelaki bertindak melakukan hal sedemikian, tapi aku lakukan demi menjaga keharmonian dan perasaan hormat padanya. Tapi dia, adakah dia melakukan hal yang sama? Dalam segala hal, akulah yang selalu mengalah dengannya, tapi sampai bila? Bukan kata aku mahu berkira dengannya, tetapi aku rasakan, dia perlulah tahu apa pengorbananku padanya. Mungkin sebelum ini dia tidak nampak apa yang aku korbankan tapi aku berharap, dia akan membuka matanya apabila terbaca akan hal ini. Dan aku sendiri tidak pasti sampai bila ia akan kekal sebegini. Aku hanya menerima dugaan yang telah ditakdirkan padaku dengan tabah. Mungkin ini juga adalah salah satu tugas yang dipertanggungjawab olehku. Tiada kuasaku untuk menentang dan menolak takdir Ilahi yang telah banyak memberikan kemewahan duniawi. Hanya bersabar dan memaafkan apa yang telah dilakukannya.


Pada masa tertentu, pernah juga dia berkata, "Jika aku tidak dapat bertahan akan sikapnya, pergi dan carilah orang yang lebih baik darinya". Terdetik juga kekecewaan di hati kecil ini kerana dia sanggup berkata sedemikian setelah apa yang aku curahkan selama ini. Amatlah pedih untuk menerima kenyataan yang penuh akan duri-duri yang tajam meruncing itu.  Kadang-kala aku terfikir sendiri di kotak mindaku ini, siapakah aku bagi dirinya. Kata-kata yang dilontarkan seakan-akan aku hanyalah sebuah alat permainan yang boleh dimainkan dengan sesuka hati dan tanpa ada perasaan. Terasa seakan diriku ini langsung tidak dihormati dan dihargai serta tidak berguna padanya. Tapi apakan dayaku, hanya Tuhan yang tahu akan kepedihan jiwaku ini. Aku bukanlah sebuah alat elektronik seperti robot ciptaan yang boleh untuk disuruh dan menjalankan perintah dari seseorang yang bernama wanita. Pedihnya hati apabila dilakukan sedemikian rupa. Bagaikan ditusuk jarum, oh amatlah pedih pabila ditusuk, seakan ditusuk sehingga mencecah tulang-belulang. Pedihnya bukan kepalang, maka mengalir dan gugurlah titisan air mata.


Namun begitu, aku masih menanti akan jawapannya. Aku tidak pasti sampai bila ia akan berpanjangan dan tiada satupun kata akhir yang aku dikhabari. Aku merenung jauh ke langit biru yang lapang dan tenang untuk dihayati. Seakan berada di rantau kayangan, indah membiru sambil burung berlalu pergi di awangan. Disitu jugalah, aku berdiri dan mendongak ke langit biru serta mengangkat kedua-dua tapak tangan menghadap wajah, berdoa pada Tuhan agar si dia dibuka pintu hati untuk berubah kerana bersamanyalah aku bakal membina mahligaiku yang indah bersinar diterangi cahaya-cahaya iman. Jika berlaku sebaliknya, aku berharap  nadiku terhenti dan apabila tiadanya lagi aku disini, maka terhentilah dosaku di situ. Tapi ianya bergantung pada takdir Ilahi, akan pergi jua aku akhirnya pabila tiba masaku. Dengan pengakiran kata juga, maka berhentilah aku disini.


p/s : Tiada kena mengena samada yang hidup mahupun mati !

No comments: