"WHEN ONE DOOR CLOSES, ANOTHER OPENS, BUT WE OFTEN LOOK SO LONG AND SO REGRETFULLY UPON THE CLOSED DOOR THAT WE DO NOT SEE THE ONE THAT HAS OPENED FOR US."

Followers

Hi everyone, welcome to my poetry site...

Sunday, January 30, 2011

A Love That Will Never Fly Away

Love me without fear,
Trust me without questioning,
Need me without demanding,
Want me without restrictions,
Accept me without change,
Desire me without inhibitions,
For a love so free...
Will never fly away.

Pilihan Anda

Jarum jam berputar tanpa henti
Dan tak pula mengundur ke belakang
Musim datang dan berlalu pergi
Seakan tidak dapat rasai nikmatnya
Matahari timbul tenggelam
Pada paksi yang tak pernah berubah
Tapi bagaimana dengan kita?

Adegan sentiasa bertukar wajah
Setiap detik yang dilalui
Kawan-kawan ajak kesana kemari
Mengisi masa terluang bersama
Pada hiburan yang melalaikan
Setiap orang tahu perkataan
"MASA ITU EMAS"
Tapi apa kita menghargainya?
Apa sikap kita berubah?

Berubahlah...
Wahai sahabat
Jangan terlalu leka akan duniawi
Cukai tidak diperlukan
Untuk mengubah jiwa menjadi suci
Suci bersih seputih salji.


p/s : Walau seseorang itu jahat, tidak semestinya jahat dalam semua hal. Adakalanya, nasihat yang baik dari seseorang yang jahat itu berguna. Renungkan.

Saturday, January 29, 2011

Letter To Moon

Here I am, writing her love notes
Because this is a great way for me on her
And I'm lucky that I found her
I can see how she's beautiful
Good looking and got talent and abilities
I can see my eyes on her
Proud of being her boyfriend
Shouldn't be ashamed that she's mine
I want her to be mine forever
Be there for her when she needs
Be by her side and make her
Loved, special, safe and protected.
Always stand up for her no matter what
Want her be my queen
Even the wall are thick or thin
I will be there for you
I will getting through that wall.

Thursday, January 27, 2011

Let It Fly

In the bluest skies
A bird was heard to cry
There is you and no one else
And damn you know why
Do you feel something's good?
That calling you in silence
Or you feel suffer in pain?
Did you ever try to kiss her?
Do you ever try to face her?

Just let your love fly free
Let it flying high through the air
Fly to eternity
Let it fly free and let people see
Just make it your own way
Leave time behind and follow the sign
Together we let our love fly someday.

Wednesday, January 26, 2011

Secarik Cogan Katik

Daun-daun gugur bertaburan
Dibawah rimbunan pohon
Yang nian indah tampak dimata
Mengamati dunia yang serba indah
Tanpa jelak tatapi berhari-hari

Mendongak ke langit biru
Tangan dan jari-jemari
Angkat bertentang wajah
Rintihan pasrah cecahi bumi
Luluh hati tanpa bicara

Tika tidur dimalam hari
Dengari sahutan tangisan
Meronta dalam kesyahduan
Apa maksud yang ingin dihurai
Tiadalah pasti bagi mereka.

Tuesday, January 25, 2011

Once Again

In the glimmer's night
He called her name
Be his guide for his lives
Nothing to say
After she came over
Across his brain
Their love renewed
In an private conversation
Taking a chance once again
Nothing seems real
and starting to feel
The spark of love.

Monday, January 24, 2011

Penipuan Seorang Ibu

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.

Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA
Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - 
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - 
Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental. Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - 
Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - 
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH
Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.

Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: 
"Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya.
Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!

Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!
PAPA juga.. Sayangg kamu semua!
*AKU tak nafikan aku memang nangis baca ni....

Saturday, January 22, 2011

Senyuman Sang Puteri

Bagai burung berkicauan
Yang menyanyi keriangan
Di hari yang bersinar
Tika fajar datang tiba

Manisnya senyuman gadis itu
Seperti sang puteri kayangan
Senyumannya terukir 1001 misteri
Yang datangnya dari syurga

Senyuman itu membuat ku tersenyum
Hati ini tenang pabila melihatnya
Ianya bisa menjadi penawar rindu
Dan pengubat jiwa yang kacau

Aahhh, alangkah indah
Jikalau dapat kutatapi
Dan renungi berhari-hari
Senyuman indah menawan
Yang terukir dibibirnya
Sang puteri yang manis itu.

Tuesday, January 18, 2011

Aku dan Dia

Engkau bagaikan sinar sang suria pagi
Yang menyinari angkasa di pagi hari
Tetapi berselindung di balik awan
Agar tidak bisa di pancar sinaran mentari

Mereka seperti burung
Yang menginginkan kebebasan
Yang terbang bebas di langit biru
Tanpa ada yang menghalangnya

Mereka seperti Romeo dan Juliet
Yang setia pada cinta
Cinta yang sukar dipudarkan
Bak bungaan mengembang
Di pentas pagi yang indah

Tapi aku.....
Dimana aku.... Dimana?
Tika si dia memerlukan diriku
Yang pasrah pada sesuatu
Menangis dalam kesyahduan
Mengapa ia harus sebegini

Ku tagih bunga cintanya
Dengan seikhlas hati seputih salji
Terharunya pabila diungkap
"Aku memerlukan kamu"
Sedangkan aku berada entah dimana

Oh Kasih
Walau dimana jua ku berada
Ketahuilah bahawa cintaku ini
Tidak pudar dimamah duniawi

Oh Kasih
Jiwa dan hatimu
Yang dikau serahkan
Bertakhta dengan senang
Di hati yang gundah ini

Apakah ini hanyalah satu kisah?
Yang telah ditelan zaman berzaman
Apakah ini satu fantasi?
Walau apa jua jawapannya
Itulah realitinya antara aku dan dia.