"WHEN ONE DOOR CLOSES, ANOTHER OPENS, BUT WE OFTEN LOOK SO LONG AND SO REGRETFULLY UPON THE CLOSED DOOR THAT WE DO NOT SEE THE ONE THAT HAS OPENED FOR US."

Followers

Hi everyone, welcome to my poetry site...

Monday, January 4, 2010

Muzik

Aku kebingungan pabila seseorang itu bertanyakan tentang muzik. “Apa maksud muzik”? Adakah kamu tahu apa itu muzik yang sebenar?

Bagiku, muzik ini sangat universal. Kebanyakan muzik, orang menggunakannya seperti sebuah sofa, mereka mahu menjadikannya bantal, santai dan memujuk untuk tekanan kehidupan seharian. Tetapi muzik yang serius tidak bermaksud memberi kesan untuk mengantuk . Kata2 muzik itu sangat indah, tapi disebalik keindahan itu mungkin juga ada impak yang mendalam kepada kita. Kita dengar, kita pun turut menyanyi sama… “wah, bestnya lagu ni”.. Mungkin, tapi berwaspadalah dengannya.

Dulu, bagiku muzik ini boleh buat pengubat hati yg terluka. Macam2 lagu yg kita dengar. Lagu tentang kehidupan, percintaan, jenayah, duit, kebebasan, masa, kematian, syurga dan neraka, Ketuhanan, kejahatan, peperangan and so on lah..

"Muzik adalah seperti matahari terbit, Kegembiraannya seperti sebuah perjalanan dalam mesin masa"

Walau bagaimanapun, muzik ini ada batas2 yg wajib kita ikuti sbgai umat Islam..
Contohnya :

a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;

b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;

c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;

d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan

e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.


Jadi, anda fikirkanlah tentang dia punya kelebihan and keburukannya...
Sekian saja lah coretan utk ari nie...

No comments: