"WHEN ONE DOOR CLOSES, ANOTHER OPENS, BUT WE OFTEN LOOK SO LONG AND SO REGRETFULLY UPON THE CLOSED DOOR THAT WE DO NOT SEE THE ONE THAT HAS OPENED FOR US."

Followers

Hi everyone, welcome to my poetry site...

Thursday, January 7, 2010

13 September,

Karakter aku adalah ANGKA = 6

Karekter?? Karakter apa plak ni??

Aku meneropong rahsia namaku and... got it!! Aku tak tahulah betul ke tidak pasal ni.. aku just teropong je.. Mana la tau kot2 betul... You baca lah, baru tahu... Ini adalah rahsia yang aku dapat...

Anda memiliki bakat dalam bidang seni. Anda cermin ekspresi cinta dan kedamaian. Anda orang yang cukup popular dan mempunyai banyak teman. Kehidupan Anda banyak dikelilingi oleh orang-orang yang akhirnya menjadi teman baik Anda. Anda juga pandai bergaul dan ingin membuat semua orang merasa nyaman apabila bersama Anda. Anda dapat dengan mudah beradaptasi dengan lingkungan baru.

Anda dapat meraih kesuksesan sendiri kerana sikap Anda dalam bekerja yang sangat praktis dan dinamis. Anda jenis pekerja yang ulet dan pandai dalam management kerana keterampilan Anda. Anda boleh meraih sukses besar melalui dedikasi Anda. Kebanyakan dari Karakter Nombor Enam, meneruskan bisnes keluarga.

Anda merupakan teman yang baik dan setia. Ingin membuat orang lain merasa penting dan dihargai. Anda juga menyukai kehidupan bersama keluarga dan anak-anak. Anda sangat menyukai anak kecil dan orang-orang lanjut usia yang butuh perhatian dari Anda.

Anda termasuk orang yang aktif dalam perkumpulan antara teman, komunitas, hobi, organisasi, dan perkumpulan bisnes. Anda orang yang sangat penuh pengertian dan mahu mendengarkan keluhan orang lain. Salah satu kekurangan Anda adalah cenderung menjadi budak dari cinta. Apabila Anda sudah mencintai seseorang, Anda cenderung melakukan apa pun untuk pasangan sehingga seringkali kehilangan prinsip Anda sendiri. Anda bukan jenis orang yang boleh berkata "tidak".

Anda mungkin selalu dihadapi oleh masalah-masalah keluarga, baik orang tua atau sanak saudara. Bersabarlah menghadapi mereka kerana Anda orang yang cukup banyak berkorban untuk kepentingan orang ramai. Hindarilah gosip atau kata2 yang tidak penting yang pada akhirnya dapat menjadi bumerang bagi diri sendiri karena Anda memang orang yang suka membantu sesama. Apabila teman sedang menghadapi masalah atau berkeluh kesah, ada baiknya Anda memberikan sebatas nasihat yang bijaksana daripada ikut terlibat dalam bertindak dan memecahkan masalah yang akhirnya dapat berakhir rumit bagi Anda sendiri.

Anda orang yang sistematis dan menjalankan kehidupan dengan penuh tanggungjawab. Pekerjaan yang dapat memberikan pelayanan bagi orang lain seperti doktor adalah salah satu profession yang secocok bagi Anda kerana sifat alami yang selalu peduli terhadap sesama mereka. Anda juga sangat mempunyai bakat dalam mengajar dan memberi penjelasan.

JIKA ANDA WANITA
Anda, wanita angka 6, mempunyai pesona keibuan dan menyukai kehidupan di dalam rumah dengan mengurus anak-anak. Anda jenis orang yang ingin mengutamakan keluarga, suami Anda. Membuat mereka bahagia dan betah di rumah. Anda pastilah orang yang gemar memasak dan makan. Jagalah kesihatan dan berat badan Anda. Anda orang yang romantis, boleh menjadi teman, pasangan, ibu, atau isteri bagi suami. Semua kualiti yang dia idamkan, ada pada diri Anda. Hanya satu saja, Anda harus meletakkan diri Anda pada posisi menjadi isteri atau pasangan yang setara, bukan menjadi budak dari kecintaan Anda.

Rumah Anda selalu menjadi tempat berkumpul teman-teman dan selalu membuat mereka merasa nyaman berada di rumah Anda. Penampilan dan rumah anda adalah cermin dari cinta, keindahan, dan kebahagiaan. Jagalah agar Anda tidak mudah bergosip atau mencampuri masalah orang lain.

JIKA ANDA PRIA
Anda, pria dengan angka 6, sangat berdedikasi pada keluarga, isteri, dan anak-anak Anda. Anda menikmati waktu di rumah bersama mereka. Asmara dan pernikahan adalah bahagian terpenting hidup Anda. Anda dapat dengan mudah bergaul dengan siapa pun dan mempunyai banyak teman yang dapat mendukung karir mahupun kehidupan peribadi Anda.

Anda orang yang selalu melakukan progres dalam hidup dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi yang ingin diberikan kepada keluarga. Anda juga orang yang sangat idealis sehingga berusaha keras untuk mempunyai standard hidup tertentu. Berhati-hatilah terhadap hal ini, jangan sampai membebani diri Anda. Sangatlah beruntung wanita yang boleh mendapatkan Anda sebagai pasangan kerana Anda orang yang memberi perhatian dan setia dalam membina suatu hubungan dan dengan mudah dapat menju gerbang pernikahan.

*Karakter angka 6 selaras dengan orang berkarakter angka 2*

Karakter berdasarkan Tanggal Lahir (13)
Anda mempunyai banyak talenta, akan tetapi Anda lebih banyak pada sisi yang pasif. Berhati-hatilah agar Anda tidak terjerumus dalam hal-hal mistik dan supranatural kecuali yang bersifat positif. Jadilah seseorang yang lebih ekspresif dan aktif.

Anda mempunyai beberapa pilihan dalam karier Anda. Anda berambisi dan penuh percaya diri dalam menggapai impian Anda. Hindari kritik, seiring berubah-ubah fikiran, dan terlalu kuatir.

Karakter berdasarkan Nama Depan (NICK)
Anda orang yang memerlukan tempat dimana Anda boleh merasa nyaman dengan yang lain. Anda terlalu menutup diri sehingga seringkali dengan mudah mengalami depresi. Keinginan Anda untuk menemukan jawapan-jawapan tersembunyi adalah dengan bantuan supranatural atau hal-hal lain yang tidak disangka kerana keperibadian Anda yang memang sangat tertutup dan lebih baik tidak berbicara.

Perasaan Anda tidak terdetik oleh orang-orang di sekitar kerana Anda tidak pernah membicarakan tentang diri secara benar. Percakapan Anda hanya akan menjadi tidak bernilai. Ketahuilah bahwa Anda perlu menjadi diri sendiri dan berusaha menjadi teman yang nyata bagi banyak orang.

Ramalan Tahun ini (2010) :
Anda merasa harus menyelesaikan hal-hal yang menjadi beban Anda. Menyelesaikan disini bererti bahawa Anda harus melepaskan diri dari kewajipan-kewajipan yang bukan sepenuhnya harus dibebankan pada Anda. Baik dari suatu keadaan atau pergaulan yang salah. Bebaskan diri Anda dari pengaruh buruk.

Ini saatnya Anda melepaskan diri dari kebiasaan yang tidak baik. Pernikahan atau jalinan asmara Anda akan cenderung berakhir di tahun ini. Anda mungkin merasa frust, akan tetapi ini merupakan suatu proses yang Anda harus jalani. Kesihatan Anda atau anggota keluarga Anda juga kurang baik. Kerjakanlah segala tugas Anda dengan perasaan yang tidak terbebani kerana banyak hal yang terjadi di tahun ini yang memerlukan tanggungjawab extra.

Anda perlu menyadari dan memperbaiki diri Anda melalui doa. Hal-hal yang menyangkut spiritual juga akan berpengaruh, akan tetapi tahun ini bukanlah tahun untuk perubahan, tunggu hingga tahun angka 1. Ini merupakan proses pendewasaan diri jadi bersabarlah.

No comments: