"WHEN ONE DOOR CLOSES, ANOTHER OPENS, BUT WE OFTEN LOOK SO LONG AND SO REGRETFULLY UPON THE CLOSED DOOR THAT WE DO NOT SEE THE ONE THAT HAS OPENED FOR US."

Followers

Hi everyone, welcome to my poetry site...

Friday, December 24, 2010

Pengukir Seni, Pulanglah Kamu.......

Pantasnya degupan jantung ini
Betapa hangatnya percikan cinta
Yang tersimpan di khazanah hati
Tanpa ada sebarang keraguan

Kehadiranmu mewarnai hidupku
Pelbagai corak kasih yang dilukis
Jari-jemari menari keriangan
Beberapa baris ayat cinta tercipta

Kesenian corak cinta terukir
Kerinduan makin dirasai
Senyumanmu penawar rindu
Sesegar daun yang kehijauan

Sesaat berjauhan denganmu
Jiwa ini seakan tandus sejenak
Kembalilah wahai sang pengukir
Corakkan ia tanpa sempadan.

No comments: