Dua jiwa manusia yang merasakan mereka menyertai
Cinta meletakkan kegembiraan dan keseronokan bersama
Dan kesedihan mencelah bagi sebahagiannya
Cinta itu membuatkan kita merindui seseorang
Jauh di sudut hati, sebenarnya dia hampir pada kita
Cinta kekadang membuatkan kita emosi
Cinta itu ilusi, sekadar sebuah naskah cinta
Cinta kekadang terhalang dan dihalang
Mungkin kerana kesempitan masa dan hidup
Atau mungkin oleh jarak, tapi tidak di jiwa
Masa berputar bagai mentari yang mengelilingi bumi ini
Yang tidak pernah kenal akan erti kelelahan dan jemu
Dan kerana waktu terpisah jua kita di laluan berbeza
Biarpun hanya sementara perjalanan ini diteruskan
Namun aku kesunyian, keseorangan menanti dirimu
Menunggui masa datang tiba pada hari penantian
Sekian lama menanti dan terus menantikan dirimu
Sehari-hari kian mengubah jiwa dan personaliti
Tercari-cari bayangan cinta kasih sucimu itu
Karena aku mencintaimu selamanya...
No comments:
Post a Comment