Aku pergi ke rumah Mawar (bukan nama sebenar) yang terletak di hujung negeri Melaka. Rumahnya yang terletak berdekatan air kolam menambahkan lagi kesegaran desa dan persekitaran. Mungkin bagi sesetengah mereka, ia tempat yang membosankan tapi tidak bagiku, ia merupakan tempat yang amat tenang bagi diriku yang berjiwa kampung ini. Kerana disitulah aku bisa menghirup udara segar sesegar embun pagi dipagi hari dan malam. Malah, tempat yang jauh dari pembandaran yang membingitkan telinga membuatkan diriku diulit kelenaan dan gemersik aliran air kolam yang jernih mengalir jatuh ke batuan. Tapi dibandar, ia sarat akan bunyi bising disekeliling. Penuh dengan orang berlalu-lalang hingga adakalanya tersesak dan hanya bisa menghidu udara yang kotor dari asap kenderaan dan sebagainya kerana Kuala Lumpur merupakan pusat metropolitan.
Saatku dikampung Mawar, aku dapat merasai kenikmatan dan keseronokan yang kadangnya aku tidak kecapi. Ayah (Arif) dan emaknya (Su) sungguh baik dan berhati murni akan tetamu mereka, adakalanya aku segan pabila bersama mereka. Adik-adiknya juga sama, Ain, Sue dan Afiq. Bagiku mereka semua bisa menjadi teman atau sahabat sejati kerana sikapnya yang mesra. Diwaktu petang, ada saja hal yang kami lakukan bersama agar tidak bosan seperti berkaraoke, carrom, UNO, usik-mengusik dan sebagainya. Perkara yang selalu kami lakukan adalah usik-mengusik, bukan kata mahu menganiyai sesiapa tetapi bagiku, usik-mengusik inilah yang membuatkan kita bergelak ketawa. Ini tentu sekali dapat mengeratkan lagi kasih sayang yang terjalin. Sedangkan pula ayah dan emaknya pergi memancing. Mereka ini tersangatlah suka memancing, pernah juga mereka mengajakku. Tapi aku menolak dengan baik, kerana aku sudah melupakan hobi itu. Memancing adalah hobiku sewaktu kecil tapi sekarang, aku sudah mempunyai hobi yang lebih menyenangkan hatiku iaitu berpuisi.
Di waktu makan, Mawarlah yang menghidangkan makanan. Semuanya pedas, tapi sedap kerana makanan disana adalah makanan orang Jawa. Aku dapat rasakan bahawa aku adalah seorang lelaki yang tersangat untung kerana dapat mengenali seorang wanita seperti Mawar yang pandai membuat akan kerja seharian seperti memasak, mengemas dan sebagainya. Ketika aku dirumahnya, aku sering kali memerhati gerak-gerinya. Aku termenung sejenak mengenangkan ibuku yang sama sepertinya. Bukan erti kata rupa parasnya yang sama, tetapi kerajinannya dalam membuat perkara rutin harian. Aku tahu tubuh badannya sudah tercalar dan berparut teruk akibat kemalangan jalan raya dua tahun lalu, tapi ia sedikit pun tidak menghalangku dari mendekati Mawar.
Aku akui, memang ada hubungan istimewa antara aku dan Mawar. Kami berdua selalu keluar bersama, bagaikan sultan dengan mahkotanya, sukar untuk dilepaskan walaupun hanya sedetik. Tapi kami sengaja menyembunyikan hubungan kami kerana ada hal-hal yang tidak dapat kuceritakan. Tapi sekarang, kami bebas, seolah burung yang terlepas dari sangkarnya dan terus terbang bebas ke langit biru yang lapang luas. Kebahagiaan yang aku kecapi sekarang ini sungguh membelai hatiku. Biarpun sering kali aku terdengar dia membuat onar ataup kisah-kisah yang menyentuh hati dan perasaan, akanku kaji dahulu samada ia benar ataupun hanyalah sekadar cerita dongeng. Jika benar sekalipun, itu hanyalah kisah silam. Setiap orang mempunyainya termasuk aku sendiri. Seorang kawanku dan juga pekerja kepada syarikat NASA (National Aeronautics and Space Administration) berkata, lihatlah seseorang teman itu kehadapan, jangan pandang pada kisah silam yang pernah dilakukannya kerana seseorang itu berubah tanpa mengutuskan surat. Dengan sebaris ayat itulah, ia menjadi pembakar semangatku pada Mawar. Tidak dinafikan, ia sememangnya benar.
Petang semalam, aku pulang ke Kuala Lumpur bersama kasihku, Mawar. Sampai sahaja kami di Bukit Jalil, aku mengajaknya ke SOGO hanyalah sekadar untuk makan malam di McD. Kalau ikutkan memang saja aku ke Pizza Hut tapi bila terkenangkan si dia, kuturuti kerana McD adalah kegemarannya. Tapi disebalik pergi makan itu, memang aku sengaja untuk kesana kerana aku boleh menemaninya sehingga destinasi si dia. Saat di destinasinya, ia waktu yang teramat sukar untuk kelepaskan dia berjalan pulang seorang diri. Terasa seakan-akan air mata ini mahu saja titiskan tapi aku tahan setahan-tahannya. Terdetik juga ketakutan didalam jiwa ini sekiranya berlaku hal yang tidak diingini kerana aku sangatlah sayang pada Mawar. Aku bersyukur pada Ilahi kerana mengurniakanku teman wanita sedemikian.
p/s : Terima kasih kuucapkan pada teman wanitaku yang disayangi, Siti Nurhidayah bte Arifin.

No comments:
Post a Comment