Engkau bagaikan sinar sang suria pagi
Yang menyinari angkasa di pagi hari
Tetapi berselindung di balik awan
Agar tidak bisa di pancar sinaran mentari
Mereka seperti burung
Yang menginginkan kebebasan
Yang terbang bebas di langit biru
Tanpa ada yang menghalangnya
Mereka seperti Romeo dan Juliet
Yang setia pada cinta
Cinta yang sukar dipudarkan
Bak bungaan mengembang
Di pentas pagi yang indah
Tapi aku.....
Dimana aku.... Dimana?
Tika si dia memerlukan diriku
Yang pasrah pada sesuatu
Menangis dalam kesyahduan
Mengapa ia harus sebegini
Ku tagih bunga cintanya
Dengan seikhlas hati seputih salji
Terharunya pabila diungkap
"Aku memerlukan kamu"
Sedangkan aku berada entah dimana
Oh Kasih
Walau dimana jua ku berada
Ketahuilah bahawa cintaku ini
Tidak pudar dimamah duniawi
Oh Kasih
Jiwa dan hatimu
Yang dikau serahkan
Bertakhta dengan senang
Di hati yang gundah ini
Apakah ini hanyalah satu kisah?
Yang telah ditelan zaman berzaman
Apakah ini satu fantasi?
Walau apa jua jawapannya
Itulah realitinya antara aku dan dia.
No comments:
Post a Comment