Fantasi... Mengindahkan.. Tapi, apakah ianya
boleh membawa kita kepada Realiti?
Impian...
Adalah milik semua
Realiti...
Tidak seindah yang dibayangkan
Hasrat yang terpendam di jiwa
Dapat direalisasikan
Sekiranya selalu beringat
Langit itu tidak selalunya mendung
Biarpun impian yang dicapai
Tak seindah fantasi
Namun, jangan cepat melabelkan diri
Sebagai seorang yang "GAGAL".
Kegagalan...
Bukan untuk selamanya
Kenapa perlu takut untuk gagal?
Gunakanlah kegagalan itu
Sebagai pemangkin kepada kejayaan.
Kejayaan...
Ibarat kita bercucuk tanam
Mengambil masa yang lama
Bagi menanti hasilnya.
No comments:
Post a Comment