Aku & Adam
Aku dan Mereka tak ubah seperti anak kucing
Yang sentiasa berteduh di bawah sangkar
Sentiasa akrab walau apapun yang terjadi
Malah, hanya air mata yang mampu berlinangan
Andai kata.....
Salah seorang daripada kami
Meninggalkan sangkar tersebut
Kegembiraan di dalam kehidupan
Pastinya tidak hanya tersaji dengan indah semata
Kadangkala.....
Kesedihan dan kepedihan juga
Tidak terkecuali datang mengulit
Kegembiraan yang telah terbenam
Semestinya akan terbit semula
Bak mentari dengan wujudnya pakaian bahagia
Kami berlalu ke pantai
Sebelum senja menjelma
Dunia ketika itu terasa
Bagai sudah tandus
Denyutan ombak yang memecah pantai
Kedengaran bagai loceng yang berbunyi
Pada kala, berlakunya pertemuan
Bayu yang menyapa lembut dan
Langit yang membumbung
Turut banyak memainkan peranan
Indah membiru.....
Salah satu lautan yang boleh membawa
Kegimbaraan tersergam di hadapan kami
Selepas itu.....
Akan datang pula pelangi
Yang membawa pelbagai warna
Diikuti dengan mentari petang
Yang menerbitkan sinar (harapan)
Sekali lagi.....
Aku harus menjadi lebih tabah
Agar tidak membiarkan
Memori tersebut terpadam begitu sahaja
Ini.....
Jelas sekali adalah keputusanku
Walau apapun dilema yang datang tiba
Kita pasti akan ketemu lagi
Di hari akan datang...
Tapi.....
Janganlah lupa...
Tabahlah untuk memulas tombol pintu
Bagi menjemput kawan baru
Yang bakal tiba kelak.
KITA PASTI AKAN KETEMU LAGI
DI HARI AKAN DATANG.
{Di dalam puisi ini adalah Abyan, Adam, Aku, Fadzlin, Haziq & Rush}
1 comment:
nik!!
power wO ayat2 kO..
huru hara aku jdnye..
btw,thnks sgt2..
am very apprcte our frndship..
Post a Comment